TIPS TRAVEL BERSAMA PASANGAN

Ummi Shima | Shaklee Setapak & Taman Melati  » Blog Shaklee »  TIPS TRAVEL BERSAMA PASANGAN
0 Comments

Assalammualaikum semua. Untuk entry kali ini, umie share sedikit Tips Travel Bersama Pasangan. Tentu ramai yang suka dan merancang – rancang nak travel , lebih-lebih lagi yang sudah berkeluarga. Tentu seronok travel bersama keluarga. Alhamdulilah, umie diberi rezeki olih Allah melalui Insentif shaklee, melancung keseluruh dunia secara percuma dengan pakage 5 bintang. Apa yang umie kongsikan disini adalah tip travel yang ditaja olih shaklee sepenohnya.

Tips travel bersama pasangan untuk dikongsi bersama momery indah

Tips Travel Bersama Pasangan Keluar Negara

  1. CHEKLIST Sebaik sahaja merancang nak travel pertama kali hendaklah siapkan list barangan yang hendak dibawa dan update setiap hari sehingga tarikh nak bertolak supaya tidak tertinggal barang- barang yang diperlukan nanti.

Tip Travel atau tip melancung yang dapat dikongsikan penting untuk dijadikan rujukan

2. PASPORT

Kalau travel keluar negara pastikan pasport masih valid, jangan sesekali buat semakan last minit. Pasport mesti valid 6 bulan sebelum berlepas dan 6 bulan selepas tarikh balik ke Malaysia. Masa ini juga buat semakan tiada sekatan perjalanan dari LHDN iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri. Umie pernah menyaksikan bargasi lepas ke Cargo tapi owner tersekat di Imigresen.

Kemaskini pasport Malaysia untuk melancarkan lagi perjalanan kita

3. BAG BAGASI

Sebelum berangkat semak juga saiz bag dan berat timbangan, budget siap-siap dengan saiz dan timbangan yang bakal dibawa balik nanti. Penting pekara ini ditentukan bagi mengelakkan terlebih berat masa kembali membeli oleh-oleh nanti. Sediakan 2 jenis bag, Hand carry dan bag bagasi.

4. PAKAIAN

Bawalah pakaian yang sesuai dengan perjalanan dalam lawatan dan program-program yang kita akan jalankan nanti. Sekiranya ke tempat sejuk bersalji pastinya kita perlukan kasut dan baju sejuk. Kalau merancang ke Umrah, pastikan kelengkapan umrah disediakan.

5. CAMERA DAN HANDPHONE

Penting untuk kita pastikan camera dan handphone dalam keadaan baik. Bawa bersama charge yang sesuai digunakan di negara yang kita akan lawati. Jangan lupa bawa bersama powerbank.

6. UBAT-UBATAN DAN VITAMIN

Kalau ada penyakit tertentu , pastikan ubat mencukupi sepanjang tempoh melancung. Diluar negara kita adalah pelancung, rawatan dan ubat sangat mahal. Bawa juga bersama-sama kita ‘first aid kit’untuk kegunaan sendiri sekiranya memerlukan saperti minyak angin. Bagi pengamal vitamin , khusus Shaklee pastinya ada vitamin sendiri.

7. TOILETRIES

Set pencuci muka, cream-cream tertentu dan brus gigi serta ubat gigi perlulah bawa sendiri wapun biasanya hotel 5 bintang yang shaklee sediakan menyediakan kemudahan ini.

8. MAKANAN

Selalunya pakage pelancungan dengan Shaklee sememangnya mewah dengan makanan, akan tetapi masakan dan menuya bergantung kepada negara yang kita lawati. Sebaik-baiknya bawalah sedikit makanan yang selamat dibawa berjalan berhari-hari saperti roti, Brahim’s food.

9. KOMPAS DAN SEJADAH

Diluar negara tiada disediakan arah solat dan sejadah. Bawalah yang ringan dan nipis untuk kegunaan di negara orang.

9. CREDIT CARD

Berbelanja diluar negara lebih selamat menggunakan Credit Card. Update dan kemaskini segala pembayaran sebelum keluar negara. Berhubung dengan bank untuk update tarikh kita akan berada diluar negara. Bawa juga sedikit cash yang menggunakan mata wang negara berkenaan atau pun dollar USA.

Dengan perkongsian Tip2 Travel ini , Umie doakan semuga perjalanan anda keluar negara lebih menyenangkan dan dapat kepuasan melancung. Salam sayang dari Umie Shima 0122354363.

#megablog

#shakleekomuniti


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *