RESIPI ROJAK BUAH
Cerita semalam.. mengenai buah tangan rojak buah.
Tengahari..Memenohi pula jemputan Kenduri Doa Selamat dari adik Wahid Ali & Zubaidah Alwi yg akan menunaikan umrah pada 2 Mac 2023, kita sesama doakan agar Allah permudahkan segala urusan nya. Alhamdulilah sempat jga sediakan buah tangan untuk tetamu. Membawa sedikit buah tangan sememangnya menjadi tradisi bila menghadiri Kenduri Keluarga .Memasak adalah sebahagian hobi,umie. Inilah keistimewaan bekerja dari rumah. Saya selitkan resepinya ye!!
Bahan² kuah rojak:
500 gm cili sos
250 gm tomato sos
1 btl besar kicap manis
20 tangkai cili kering – goreng
1 keping belacan
1 bungkus gula anau @ yg seangkatan dgnnya

Sedikit kacang tanah & bijan – goreng tanpa minyak. Bleand cili + kicap, masukan belacan yg sudah masak. Tuang dalam periok masak hingga didih dgn api yg perlahan, masukkan sos2 dan last masukan gula yg sudah dihancurkan. Biarkan atas api perlahan hingga mendidih skli lagi ya..
Buah-buahan mengikut cita rasa masing-masing. Sebaik-baiknya yang mempunyai rasa masam dan lemak. Pelbagai buah berwarna warni, lebih menarik.
Antara buah–buahan tempatan yang sesuai untuk membuat rojak seperti nenas, belimbing, jambu batu, kedondong, sengkuang, timun, betik. Enak di makan bersama kuahnya yang manis, pedas dan berkacang.
Sedikit tip penyimpanan kuah rojak buah;
Kuah rojak ini bolih disimpan berbulan tanpa pengawet sekiranya dimasak dengan api perlahan-lahan. Sebaik-baiknya disimpan dalam bekas yang kecil-kecil. Ramai request resipinya..buat tau!! Jgn simpan
