Dalam entri kali ini, umie ingin berkongsi motivasi kehidupan harian kita. Diwaktu senja diatas kapal mewah Sympony Of The Sea menyedarkan umie untuk beralih tumpuan hidup.
اعمل لدنياك كأنك تعيش أبداً ، واعمل لآخرتك كأنك تموت غداً
Bekerjalah untuk duniamu seakan-akan engkau hidup selamanya. Beramal lah untuk akhiratmu seakan-akan engkau akan mati esok”

Pastinya kita semua ada hala tuju dan impian hidup untuk di realesasikan. Bekerja dan terus berusaha untuk mencapai dan menemui garisan penamat. Perjalanan hidup ini tiada jalan yang lurus, rintangan dan halangan tetap kita harongi tanpa rasa lelah. Berdoa dan terus berjalan menuju kejayaan yang kita akan cipta, pasti kemenangan yang diharapkan.
Begitulah yang umie lalui sehingga diusia senja ini. Mengambil keputusan untuk menamatkan perjalanan bersama Shaklee Trip 5 Star bukan bermakna umie akan berhenti berbusiness, setelah Allah bagi segala nikmat yang sangat indah didalam business ini. Syukor Alhamdulilah atas segala rahmat Allah.
فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
ِ”Fabiayyi alaa’i rabbi-kumaa tukadzdzibaan” Artinya “Maka Nikmat Tuhan-mu yang manakah yang ”Kamu Dustakan’?”
Siapa sangka? Anak penoreh getah ini, yang hidup di kampung dengan serba kekurangan, ketika sekolah rendah di kampong sekitar tahun 1962 – 1968 telah berjaya melawat dunia dengan pakage mewah. Bukan berkahwin dan berpasangan jutawan pun, Allah jodohkan aku dengan saorang suami yang sangat simple. Syukor Alhamdulilah, berpasangan Encik suami yang bahagia melihat isterinya gembira walaupun keletihan.
Terpaksa korbankan rehat semata-mata untuk membaiki kehidupan dikota besar. Setiap hari terus berusaha untuk menambah pendapatan bagi menampong kehidupan dikota besar yang penoh cabaran ini. Berkat usaha tanpa mengenal lelah, umie berjaya memperbaiki kehidupan ,meraih kejayaan dalam busines shaklee, Alhamdulilah.
Dengan sekeping harapan agar kehidupan di usia emas nanti lebih bermakna, itulah yang jadi motivasi kehidupan diri ini.

Allah izinkan umie menjejak kaki di bumi Amerika ke Disneyland dan Hollywood . Beberapa kali melawat jejak rasul di bumi Turki dan Mesir sampai ke Bukit Tul Sinar di mana Nabi Musa A.S. bertemu dan berbicara direct Allah, dan menyusuri jalan-jalan askar-askar Israel. Menyaksikan sendiri kubu-kubu pertahanan Israel dibawah padang pasir yang luas. Sempat juga menjejaki perjalanan Nabi Musa sampai Laut Merah juga melihat sendiri peninggalan perigi-perigi yang Allah s.w.t berikan kepada Nabi Musa A.S. dan pengikutnya yang terselamat dari Firaun tapi terperangkap di gurun.
Setiap kejayaan bermula dengan langkan pertama. Tanpa permulaan, kita tidak akan menempah kejayaan. Jadi teruskan usaha walau apa jua rintangan dan halangan. Bak kata pepatah ‘ takkan dapat sagunya kalau tak dipecah ruyongnya’. Gengam bara api sampai jadi abu! hehehe sanggup ke? tu kata-kata pepatah agar kita takkan hilang semangat dalam perjalanan meraih kejayaan yag diimpikan. So, mulakanlah dengan langkah pertama tanpa menolih kebelakang.

Lakukan apa yang buat kita bahagia akan menjadikan Motivasi Diri dalam perjalan hidup untuk mengejar impian menjadi lebih mudah. Ikhlaskan diri dalam semua kebaikkan dan pekerjaan yang kita lakukan. Mengharap faedah bukan satu kesalahan tapi, kalau tiada balasan baik atau sebarang pujian, bimbang akan melemahkan semangat kita dalam perjalanan memburu kejayaan. Sentiasa berusaha untuk menjadi insan yang dapat pemberi munafaat kepada insan – insan lain. Paling bahagia bila kita dapat membantu meningkatkan kehidupan orang lain ketahap yang lebih baik.
Rasanya kebanyakan daripada kita mesti pernah mendengar orang mengatakan bahawa sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat kepada orang lain. Sabda Nabi Muhammad SAW :
خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
“Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain” (HR Ibn Hibban).
Setiap hari kita tetap berpeluang untuk memperbaiki diri. Berdoa dan terus berusaha untuk menjadi lebih baik.
Sentiasa bersikap mencari kesilapan diri sendiri dalam apa jua keadaan. Dengan cara ini kita akan terus berusaha memperbaiki segala kesilapan. Tindakan menyalahkan orang lain hanya akan membuang waktu. Sebesar mana pun kesalahan yang ditimpakan kepada orang lain itu tidak akan mengubah diri kita kepada yang lebih baik. Jadi kita kena berusaha bertanggungjawab penoh dalam kehidupan kita dalam menghadapi ape – ape masaalah.
Setiap hari bumi bergerak, umor kita akan bertambah. Semakin kita berusia tenaga akan terus berkurangan, kene lah kita fikir-fikirkan kehidupan setelah kita bersara nanti. Dengan kerja atau jawatan yang kita sandang sekarang adakan bolih dijadikan sandaran bila kita sudah diusia emas. Atau kita akan terus dilupakan setelah kita curahkan segenap tenaga dan usia kita korbankan dalam perkhidmatan kita. Setinggi manapun jawatan atau pangkat dalam pekerjaan, tetap akan ditinggalkan.
Bagi umie, memilih untuk meninggalkan kerjaya diusia 40an sangatlah berbaloi-baloi. Peringkat awal membuat perubahan besar dalam hidup sangatlah menyulitkan. Memilih kerjaya sendiri dan membena rangkaian busines sendiri dengan memotivasi diri sendiri akhirnya membuahkan hasil, Alhamdulilah.
Hargai masa mudamu untuk hari tua yang sihat dan tenang.

Nasihat umie, buatlah satu perubahan untuk diri sendiri demi masa depan yang lebih baik dan kehidupan hari tua. Jangan biarkan merika meragut tenaga mudamu, bangkitlah dan ciptalah masa depan yang sedia menanti dengan kehidupan yang lebih cemerlang dan menyenangkan.
. Perlukan bantuan dan bimbingan? Hubungi Umie di no tel 0122354363
#Albummyshakleejourney
#shakleemegablog
#shakleetrive2023
#shakleetrimph2023